Kem Cemerlang Jawi merupakan
aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah. Ia perlu
diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka
dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna. Justeru pihak sekolah telah mengadakan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) untuk memantapkan penguasaan Jawi di kalangan murid.
Melalui Kem Cemerlang Jawi
yang diadakan ini, diharap peserta dapat mencapai sasaran dan matlamat
pencapaian 100% penguasaan dalam pelajaran Jawi seterusnya matlamat memperkasakan Pendidikan Islam di sekolah
rendah. Peserta secara individu dapat memenuhi objektif program iaitu :
- Mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung.
- Membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
- Membaca dan menulis ayat pendek.
Kerjasama semua pihak amat dihargai dan
menjadi pendorong kepada kelangsungan dan kelancaran perjalanan program yang
sangat bermamfaat ini. Semoga hasil yang dicapai didalam program ini dapat
melahirkan generasi yang bersahsiah tinggi dan berilmu pengetahuan luas
khususnya dalam komponen Jawi seterusnya dapat memartabatkan jati diri orang
melayu yang beragama Islam.














































