Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Selakan, WDT 429, 91308 Semporna, Sabah                                Terima Kasih kerana mengunjungi laman kami, semoga dapat memberi input yang baik kepada semua
AIDILADHA NEGARAKU SKSS PS1M HRMIS2 PPPM PTS2025 PUSATSUMBER PEJABAT PINTUDEPANSKSS MASIHKAMTAENTOM

LATAR BELAKANG SKSS

Umpama sebutir mutiara di lautan yang luas, Sekolah Kebangsaan Selakan adalah merupakan salah sebuah sekolah terpencil yang berada jauh di lautan di pentas sunda pulau borneo. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam pada jarak lebih 30 kilometer dari pekan Semporna dengan melimpasi ombak lautan antara pulau-pulau indah di daerah Semporna menjadikan perjalanan saban hari warga sekolah ini satu pengalaman yang sungguh menarik dan mencabar.

Dengan kemudahan pengangkutan bot yang disewa melalui penduduk di sekitar Kampung Selakan atau bot tambang dari Pekan Semporna, perjalanan menuju ke sini adalah sangat terbatas. Populasi penduduk kampung yang kurang daripada 400 orang menjadikan kemudahan pengangkutan agak terbatas untuk sampai ke sini.

Kerancakan pembangunan negara yang pesat dengan menjadikan sektor pendidikan sebagai salah satu tunjang utama yang menyumbang kepada pembangunan, kemudahan bekalan eletrik menggunakan tenaga solar disediakan bagi tujuan kegunaan sekolah dan rumah kakitangan telah dibangunkan oleh pihak kementerian bagi memastikan anak-anak bumi Selakan juga menikmati kemudahan yang sama seperti sekolah yang lain di kawasan-kawasan  bandar.

Dengan sumber serta kemudahan yang ada, sekolah yang telah sekian lama menjadi satu-satunya pusat ilmu dikawasan kepulauan ini akan terus berkembang membimbing anak bangsa yang rata-rata didiami oleh kaum Bajau serta kaum minoriti yang lain seperti Suluk dan Bajau Laut.
mygovernment msc MPM jpa SPP
mampu Kementerian Pendidikan Malaysia ELTC BPA SPRM
MDEC KWSP ANM Yayasan Tunku Akruan
GST Agensi EPU JPA KPT
PLKN ANGKASA BSN MSC MSC
JAKIM NBOS MAMPU EPEROLEHAN EPELAPORANBPI
BPIJQAF JPN JKR JKKN JKM