1 September
1963, Sekolah Kebangsaan Selakan ditubuhkan dengan nama NVS. Kg. Selakan atau
Sekolah Rakyat Selakan. Sekian lama dahagakan ilmu, seramai 41 orang murid
mendaftar sebagai darjah satu bagi penggal pertama Sekolah Rakyat Selakan.
Dengan hanya kemudahan 2 bangunan ketika itu masing-masing sebuah rumah guru
dan sebuah blok 2 bilik sebagai bilik darjah.
Sehingga
tahun 1972, bangunan yang sama terus digunakan bagi menampung murid purata
bilangan 50 orang setiap tahun dengan bilangan kakitangan 2 hingga 4 orang
dalam tempoh tersebut.
Menjelang
tahun 1973, kedua-dua bangunan tersebut dirobohkan dan kemudian dijadikan
sebagai tapak padang sekolah. 2 unit bangunan baru didirikan sebagai blok
sekolah yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Blok pertama dengan jumlah 2
bilik digunakan sebagai bilik Kemahiran Hidup dan sebuah lagi dijadikan sebagai
Pusat Sumber sekolah. Pada tahun 2007,
kewujudan Sekolah Berpusat Kebangsaan Bum-Bum kemudian mengambil alih
pengurusan murid dari darjah 4 hingga darjah 6 menjadikan Sekolah Kebangsaan
Selakan ditukar status kepada Sekolah Kurang Murid (SKM-B) yang mana pengurusan
sekolah dikurangkan kepada 1 tahap sahaja iaitu tahun 1 hingga tahun 3. Bilik
yang asalnya digunakan sebagai bilik Kemahiran Hidup kemudian ditukarkan
menjadi stor sukan dan alat-alat sampingan lain. Sebuah bilik lagi terus kekal
sebagai Pusat Sumber sekolah sehingga ke hari ini.
Sebuah bilik
kecil dibina bilik pentadbiran sekolah yang juga berfungsi sebagai bilik
siaraya yang menempatkan kemudahan Radio untuk murid dan guru-guru mendapatkan
maklumat dan perkembangan terkini dunia luar. Bilik-bilik yang lain digunakan
sepenuhnya sebagai bilik darjah bagi menampung tahun 1 hingga tahun 3.
Rumah guru
yang telah dirobohkan kemudiannya dibina semula di kawasan pinggir pulau
berhampiran laut. 1 buah blok rumah dibina bagi menempatkan kakitangan sekolah.
Blok rumah kakitangan tersebut dibahagikan kepada 2 unit bilik.. Sehingga tahun
1985, purata jumlah murid sekolah ini ada 55 orang dengan purata kakitangan
seramai 3 ke 5 orang.
Menjelang
tahun 1986, lambakan kemasukan murid-murid warga asing menjadikan kemudahan
bilik darjah sangat kritikal untuk menampung jumlah murid yang menjangkau
sehingga 120 orang pada ketika itu. Pada tahun 1987, 2 blok bangunan lagi
ditambah bagi menempatkan bilik darjah dan bilik pentadbiran manakala sebuah
blok lagi dibina sebagai rumah kakitangan yang menempatkan 2 unit bilik.
Bangunan blok yang menempatkan bilik pentadbiran sekolah dan bilik darjah
tersebut dilengkapi dengan sebuah bilik untuk Guru Besar, Pejabat Pengurusan
Pentadbiran yang menempatkan kerani serta sebuah bilik digunakan sebagai bilik
guru dan unit-unit selebihnya digunakan sepenuhnya sebagai bilik darjah.
Menjelang
tahun 1994, pertambahan jumlah kakitangan kemudiannya mendorong kepada
pembinaan satu lagi blok rumah 4 bilik dikawasan tepi pulau dan hampir ke
bahagian laut. Pada tahun tersebut, jumlah kakitangan di Sekolah Kebangsaan
Selakan menjangkau 12 orang. Walaubagaimanapun, penyusutan jumlah murid mula
berlaku menjelang tahun 1988 berbanding 75 hingga 95 orang pada tahun 1994.
Ketika itu, murid-murid kebanyakannya terdiri daripada penduduk di sekitar
pulau-pulau berdekatan dengan pulau ini dan menjadikan sampan sebagai kenderaan
utama untuk sampai ke sekolah. Keadaan ini kekal sehingga Sekolah Berpusat
Kebangsaan Bum-Bum dibina dan menempatkan murid-murid tahun 4 hingga tahun 6 di
sana.
Pada
September 2007 kejadian bencana alam telah menyaksikan blok bilik darjah yang
juga menempatkan pejabat pentadbiran sekolah mengalami kerosakan yang teruk
akibat pukulan angin kuat yang berlaku pada waktu malam. Akibat daripada ini,
proses Pengajaran Dan Pembelajaran murid terganggu seketika bagi memberi laluan
baikpulih sekolah dilakukan pada tahun tersebut. Walaubagaimanapun, tempoh yang
diambil oleh guru dan kakitangan sekolah untuk member laluan kepada proses baik
pulih hanya beberapa hari sahaja. Proses Pengajaran dan Pembelajaran diteruskan
walaupun terpaksa dijalankan diluar bilik darjah seperti dibawah pokok dan
tempat-tempat yang sesuai digunakan sementera bagi tujuan Pengajaran dan
Pembelajaran berlaku.
Hari ini
Sekolah Kebangsaan Selakan telah mengalami banyak perubahan dengan peningkatan
prasana-prasana dan kemudahan-kemudahan seperti bekalan eletrik dan penambahan
unit Pra Sekolah untuk menampung keperluan pendidikan penduduk di sekitar pulau
ini. Kemudahan-kemudahan lain seperti program-program pemulihan dan pra sekolah
juga telah diwujudkan bermula pada tahun 2010.
Selaras
dengan pembangunan pendidikan yang diwujudkan disekolah ini, Sekolah Kebangsaan
Selakan kini dilengkapi dengan 4 Blok khas bagi tujuan Pengajaran Dan
Pembelajaran dengan masing-masing 1 blok untuk unit pemulihan dan 1 blok bagi
Pendidikan Pra Sekolah manakala blok kekal dengan kegunaannya sedia ada.
Sehingga tahun 2012, jumlah kakitangan yang menguruskan sekolah ini adalah
terdiri daripada 8 orang guru yang dibantu oleh seorang kerani serta seorang
pembantu pengurusan murid bagi unit pra sekolah.
Secara
keseluruhannya Sekolah Kebangsaan Selakan telah menyaksikan pelbagai peristiwa
yang pastinya telah banyak mengajar dan memberikan pengalaman yang begitu
bermakna kepada warga-warga yang pernah berkhidmat dan yang sedang berkhidmat
hingga ke hari ini.