بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته
Salam 1 Malaysia, Negaraku Sehati Sejiwa.
Yang Berbahagia, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Datu Abdul Wahid Bin Datu Kamaruddin, Penolong
kanan Hal Ehwal Murid, Tn. Jamil Bin Piong, Penolong kanan Kokurikulum, Tn. Mohd Tahir Bin Jendin, guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar yang dikasihi sekalian.
Syukur alhamdulillah, kita dapat menjayakan program sambutan kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2017. Terlebih dahulu , saya merakamkan ucapan terima
kasih kerana memberi laluan kepada saya
untuk berucap sepatah dua kata bersempena sambutan kemerdekaan ke-60 tahun.
Tema hari kemerdekaan pada tahun ini Negaraku Sehati Sejiwa.
Alhamdulillah sudah 60 tahun berlalu era penjajahan bermakna sudah 60 tahun
bumi bertuah ini menjadi sebuah negara yang bebas berdaulat dan mentadbir
mengikut acuan sendiri. Jika kita kenangkan kembali sejarah lampau sebelum
negara kita ditadbir berdasarkan hala tuju kita sendiri, oleh anak bangsa kita
sendiri. Kita tentu tidak lupa beberapa penjajah bermula era Portugis, Belanda,
British dan Jepun yang telah menakluk bumi bertuah ini kerana kekayaan hasil bumi
negara kita, malahan kita terletak di rantau gugusan kepulauan Melayu yang
strategik untuk kegiatan ekonomi perdagangan antarabangsa. Kita perlu tahu dan
sedar, tanah air kita, bangsa kita merupakan suatu bangsa yang gemilang suatu
masa dahulu.
Betapa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka yang merangkumi
keseluruhan Tanah Melayu, termasuk pulau Sumatera dan Jawa menunjukkan
keagungan bangsa kita suatu ketika dahulu. Kita sepatutnya mengambil ikhtibar
dari sejarah lampau. Melalui pembelajaran sejarah, kita akan dapat mengetahui
segalanya. Dalam sukatan pelajaran Sejarah juga diberi penekanan tentang nilai
dan iktibar dari peristiwa Sejarah yang merupakan fakta yang tepat dan sahih.
Sejarah adalah suatu roda, jika hari ini kita alpa dalam setiap tindak tanduk
kita tanpa merujuk pada Sejarah, tidak mustahil sejarah lama berulang kembali.
Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi
sebahagian daripada rakyatnegara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat
mengecapi kehidupan dalam suasana yangharmonis, aman serta sejahtera. Dengan
nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebihselesa, harmoni dan makmur
serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus perpaduankaum.
Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai
harganya.Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita
semua agar kemerdekaanMalaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun
jasad, nyawa serta maruah menjaditaruhan.
Apabila kita mengibarkan Jalur Gemilang, secara tidak
langsung dapat memupuk perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa mengira latar
belakang agama yang kita anuti,warna kulit yang menyalut tubuh badan kita,
pangkat atau darjat. Bersatu kita teguh, bercerai kitaroboh. Kata-kata azimat
tersebut sudah cukup menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati.Sejarah telah
membuktikan betapa keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak
kepadakepimpinan yang bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan
permuafakatan rakyat.
Rakan-rakan guru dan para pelajar sekalian, bersama-samalah kita hayati
kemerdekaan negara kita. Untuk mencapai kemerdekaan bukan suatu perkara yang
mudah, namun suatu perkara yang amat sukar untuk mengisi kemerdekaan ini dengan
penuh makna. Berusahalah kita untuk menjadi warganegara Malaysia yang bersyukur
dan menghargai kedaulatan bangsa dan negara kita selagi tidak bertentangan
dengan landasan agama kita.
Akhir kata, Selamat menyambut hari Kemerdekaan
negara yang ke-60 tahun, sama-sama kita doakan agar kemerdekaan, keamanan dan
kemakmuran negara kita akan tetap berkekalan untuk tahun-tahun yang akan
datang. Jika kita pilih keamanan, kita akan memperoleh keamanan. Saya petik
kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dalam ucapan
sewaktu Persidangan Agung UMNO di Melaka pada 5 April 1953 ” Merdeka itu
bukanlah suatu benda yang mudah untuk di dapati, melainkan ialah dikehendaki
untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan. Dengan kerananya kita terpaksa
mengorbankan bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita
sendiri. Merdeka yang kita tujukan itu, saya ulangi menyebut lagi iaitu hendak
kita capai dengan jalan perlembagaan.” Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-60 Tahun 2017
Sekian, Negaraku Sehati Sejiwa
Armi Bin Mohd Salleh
Guru Besar SK Selakan















































